Titipan TAZKIRAH Hari Ini


HAKIKAT DOA

Doa merupakan tanda pergantungan, pengharapan dan permohonan seorang hamba kepada Allah swt. FirmaNya dalam surah Ghafir ayat ke 60 yang bermaksud :
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadan hina."
Justeru itu, berdasarkan kepada makna ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa doa itu adalah satu perkara penting yang merupakan ibadah. Menerusinya, seseorang hamba mampu menggamit rahmat Allah agar dikurniakan kepadanya. Amin.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan